Rahsia Tawan Hati Isteri

Tuesday, May 31, 2011

Bapa Tiri ratah Anak Tiri berumur 15 Tahun

Bapa tiri durjana

AMPANG: Seorang pelajar berusia 15 tahun nekad melarikan diri ke rumah ibu saudaranya selepas tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak Mac lalu di rumah mereka di Ampang, di sini, kelmarin.
Lebih menyedihkan apabila perbuatan jijik bapa tirinya itu diketahui ibu kandungnya tetapi hanya mendiamkan diri berikutan takut ditinggalkan.

Menurut sumber, mangsa dijadikan hamba seks bapa tiri durjana berusia awal 30-an itu sejak Mac lalu dan dipaksa melakukan perbuatan terkutuk itu setiap kali lelaki terbabit mahukannya.

Malah, sejak Mac lalu, mangsa mendakwa 11 kali diperkosa bapa tirinya.

“Mangsa beberapa kali mengadu kepada ibu kandungnya mengenai perbuatan terkutuk lelaki itu tetapi tidak diendahkan.

“Malah, ibu mangsa hanya menasihati anaknya agar bersabar dengan perbuatan keji lelaki itu bagi mengelakkan dia ditinggalkan,” katanya.

Thursday, April 21, 2011

Laporkan Kejadian Rogol

Lapor polis lepas 18 tahun

TELUK INTAN: Selepas 18 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol bapa saudaranya, seorang wanita nekad tampil membuat laporan polis di sini, semalam kerana tidak sanggup mengalami igauan ngeri berpanjangan berikutan kejadian itu.
Wanita terbabit yang kini berusia 31 tahun, mendakwa dirogol bapa saudaranya sendiri sebanyak dua kali ketika dia berusia 13 tahun dan baru kematian ibunya pada masa itu.

Mangsa, pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Klang, Selangor, membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan, di sini, mendakwa dirogol dua kali oleh bapa saudaranya di dua rumah berbeza iaitu di sebuah rumah lama di Jalan Manggis, di sini dan sekali lagi selang beberapa hari di sebuah rumah di Taman Enteck Evenue, juga di sini.

Mangsa ketika membuat pendedahan itu berkata dia mengalami tekanan perasaan dan kerap diganggu mimpi menakutkan.


“Tergerak hati saya untuk membuat laporan polis walaupun kejadian itu sudah lama berlaku. Sekarang barulah saya lega dan tenteram kerana dapat meluahkan masalah yang sudah lama terpendam.

“Saya cuma mahu melepaskan diri daripada cengkaman peristiwa hitam itu dan tak kisah sama ada polis akan menahan bapa saudara saya atau tidak,” katanya.


Bermadu Asmara di dalam kereta

Dataran Klebang lubuk ‘kereta goyang’

MELAKA: Lubuk ‘kereta goyang’ atau ‘memancing kolam cetek’ adalah istilah yang diberi pengunjung Dataran 1 Malaysia, Klebang, dekat sini, yang menjadi lokasi segelintir pasangan memadu kasih di dalam kenderaan.
Pasangan terbabit dikatakan bukan saja melakukannya pada malam hari, bahkan perlakuan sumbang itu turut dipertontonkan pada sebelah siang.

Deretan kenderaan yang diletak di sepanjang dataran pada waktu malam kebanyakannya mempunyai pasangan sedang bermadu kasih di dalamnya, bermula dengan aksi ringan-ringan hinggalah kereta goyang khususnya menjelang tengah malam. Lebih memalukan apabila dataran itu juga pernah dijadikan tempat pesta bogel di kalangan ‘awang hitam’ kira-kira dua bulan lalu sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengunjung.
Tinjauan Harian Metro pada waktu siang juga mendapati beberapa pasangan kekasih asyik bermadu kasih di dalam kenderaan yang diletak menghadap pantai tanpa menyedari kehadiran wartawan dan jurugambar merakam aksi mereka.

Pengunjung dikenali sebagai Epul, 24, berkata, dataran itu mula dikunjungi pasangan yang mahu bermadu kasih seawal jam 10 malam dan jam 12 malam adalah waktu kemuncak menyaksikan beberapa kenderaan di sepanjang dataran itu bergoyang.

Katanya, pengunjung di situ bukan hanya disajikan aksi kereta goyang bahkan gelagat pasangan kekasih bermadu kasih dengan duduk berdua-duaan dan berkelakuan sumbang juga boleh dilihat. “Sejak dataran ini wujud, ia dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu dan pengunjung boleh merakamkan adegan gurauan manja pasangan kekasih di dalam kenderaan yang dihidupkan enjin dan penyaman udaranya.

“Mereka berani berkelakuan begitu kerana dataran ini kebiasaannya dikunjungi golongan muda dan kaki pancing menyebabkan adegan pasangan terbabit digelar memancing di kolam cetek oleh penduduk,” katanya.

Menurutnya, sepanjang beberapa kali kunjungannya di dataran itu pada waktu malam, tiada pemantauan mahupun rondaan dilakukan pihak berkuasa.
Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Rizma, 31, berkata dataran berkenaan tidak lagi sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah berkeluarga kerana khuatir adengan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan berterusan membendung gejala ini kerana ia semakin berleluasa dan mengundang rasa tidak senang di kalangan pengunjung.

Wednesday, April 20, 2011

Kantoi Cinta Sejenis - nak bunuh diri!

Pelajar terjun tingkat tiga


SUNGAI PETANI: Akibat cinta dengan rakan sejenisnya dihalang keluarga, seorang pelajar perempuan tidak sedarkan diri dan patah kedua-dua kakinya apabila nekad terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya di Sungai Lalang, di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 pagi apabila pelajar berusia 15 tahun itu tiba di sekolah dan terus ke tingkat tiga bangunan itu, lalu terjun.

Pada masa sama, beberapa pelajar cuba menghalangnya, namun gagal.
Mangsa dari Taman Bukit Permai, Sungai Lalang, dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) oleh pihak sekolah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU ).

Anjing gila SEKS gigit buah dada wanita!

Anjing baham payudara

BUKIT MERTAJAM: Seorang suri rumah yang cedera payudara kirinya digigit seekor anjing jenis German Shepherd pada Jumaat lalu, kini dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing berkenaan.
Mangsa, Lee Boon Chen, 44, berkata, walaupun pemilik anjing itu sudah memohon maaf selepas insiden itu, dia tidak akan berdiam diri dan mahu melakukan sesuatu untuk memberi pengajaran kepada pemilik anjing lain yang tidak mengutamakan keselamatan orang awam.

Katanya, dia mahu pemilik anjing lebih bertanggungjawab termasuk menjaga dan mengawal haiwan peliharaan masing-masing bagi mengelak orang lain menjadi mangsa.

“Selepas kejadian ini, saya trauma, malah kerap bermimpi diserang anjing dan jika saya melihat atau terserempak dengan anjing jenis itu, saya takut dan badan menggigil,” katanya ketika ditemui menerima rawatan susulan di sebuah hospital swasta di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi Jumaat lalu, Lee nyaris kehilangan payudara kirinya selepas cedera diserang anjing berkenaan ketika dia membawa anjing peliharaannya jenis Shih Tzu bersiar-siar di kawasan perumahan di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat dekat sini.

Pelajar dicabul dalam kelas



ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.
Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.
Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.

“Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” katanya di sini, semalam.

Lee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan dan pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun yang kemaruk seks ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang gadis berusia 17 tahun yang juga rakan sekerjanya, kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

Lee berkata, lelaki terbabit yang bekerja di sebuah pasar raya di Pauh, dekat sini, gagal mengawal nafsunya lalu memegang paha mangsa ketika mereka bekerja.
“Siasatan polis mendapati suspek turut melakukan perbuatan sama terhadap seorang pekerja wanita lain di pasar raya sama sebelum ini. “Polis sudah mendapatkan perintah reman lima hari sehingga 24 April ini untuk siasatan lanjut. Dia memegang paha mangsa yang bekerja di pasar raya berkenaan,” katanya.

Thursday, April 14, 2011

Dua ajar pelajar 14 tahun aksi porno dicekup

HULU SELANGOR: Dua lelaki yang ‘mengajar’ seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun melakukan hubungan seks di rumah sewa mereka di Bukit Beruntung, di sini ditahan beberapa jam selepas ibu gadis itu membuat laporan polis, Isnin lalu.
Laporan polis itu dibuat selepas gadis berkenaan menceritakan perbuatan dua lelaki terbabit termasuk seorang teman lelakinya ketika berada di rumah sewa lelaki itu. Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menunggu bas untuk ke sekolah kira-kira jam 6.30 pagi dihampiri teman lelakinya yang menunggang sebuah motosikal.

“Mangsa dipujuk teman lelakinya itu yang berusia 20-an membonceng motosikal kononnya untuk menghantar mangsa ke sekolah.
“Namun, mangsa tidak dihantar ke sekolah sebaliknya dibawa ke rumah sewanya di Bukit Beruntung,” katanya.

Menurut sumber, setibanya di rumah suspek, mangsa kemudian disuruh masuk ke dalam sebuah bilik kononnya tidak mahu rakannya yang lain ‘mengusik’ mangsa.

“Suspek menyuruh mangsa berbaring dan membuka pakaian sekolah. Suspek dikatakan mengajar mangsa melakukan hubungan seks.

“Selepas itu, suspek keluar bilik dan menyuruh seorang rakannya masuk ke dalam bilik itu terbabit dan melakukan perkara sama kepada mangsa,” katanya.

Monday, March 14, 2011

Jaga mengaku perkosa remaja

SHAH ALAM: Angan-angan seorang pengawal keselamatan untuk menyertai tentera mungkin terkubur apabila dia mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan merogol remaja berusia 14 tahun dalam lima kejadian berasingan di Bukit Sentosa, dekat sini, akhir tahun lalu.
Muhamad Ariff Jamaludin, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan pada prosiding sebutan semula kes itu, semalam.

Hakim Latifah Mohd Tahar, bagaimanapun menetapkan 21 April depan sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Ariff dari Tapah, Perak, didakwa merogol mangsa di sebuah unit pangsapuri di Bukit Sentosa, dekat sini, antara 26 dan 31 Disember tahun lalu.

Sunday, March 13, 2011

9,575 kes rogol bawah umur antara 2005-2010


14/03/2011 2:28pm

KUALA LUMPUR 14 Mac – Sebanyak 9,575 kes rogol di bawah umur direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh lima tahun sejak 2005, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata statistik yang direkodkan PDRM itu menunjukkan jumlah kes yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur.
"Bagaimanapun, polis tidak mempunyai rekod mengenai jumlah kes rogol di bawah umur bagi tempoh 2000 hingga 2004,” katanya menjawab soalan Tan Sri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) di sini hari ini.
Dr Chan Onn ingin tahu jumlah kes rogol di bawah umur yang berlaku sejak tahun 2000 dan tindakan yang diambil kementerian bagi menangani gejala itu.
Abu Seman Yusop berkata, kementerian sentiasa memandang serius dan komited dalam membendung jenayah rogol lebih-lebih lagi bagi kes yang melibatkan golongan di bawah umur.
Katanya, antara langkah yang diambil PDRM ialah memberi perkhidmatan kaunseling kepada mangsa dan akan merujuk mangsa kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat jika memerlukan perlindungan.
"Selain itu, polis akan meneruskan siasatan untuk mendapatkan bukti terhadap suspek dan bagi kes yang dituduh di mahkamah dan jika suspek disabitkan kesalahan, pihak peguam negara akan memohon kepada mahkamah supaya hukuman lebih berat dikenakan,” katanya. - Bernama

Wednesday, February 9, 2011

Cagar anak pada along

JOHOR BAHRU: Seorang bapa durjana bukan saja mencagarkan anak gadisnya untuk melunaskan hutang dengan ceti haram atau along, malah menganjurkan pakej pelancongan maksiat dengan membenarkan mereka membawa zuriatnya itu bercuti di luar negara.
Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata perkara itu berlaku gara-gara kegagalan lelaki 50-an terbabit melangsaikan hutang kira-kira RM150,000 kepada sindiket berkenaan sejak lebih setahun lalu.
Beliau berkata, kecantikan dimiliki anaknya berusia 20-an termasuk bentuk tubuh menggiurkan selain wajah persis model dijadikan umpan oleh lelaki itu untuk terus berhutang dengan along di bandar raya ini.

Menurutnya, seorang ahli keluarga mendakwa lelaki terbabit ketagih berjudi di kasino di Singapura sehingga berhutang dengan along.


“Perbuatan lelaki itu bukan saja menghancurkan masa depan anak gadisnya, malah mengakibatkan dia terbabit pelbagai masalah sosial.

“Difahamkan pada awalnya gadis berkenaan membantah perjanjian bapanya dengan along itu kerana bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Namun, dia terdesak dan terpaksa akur kehendak bapanya hingga menjadi pemuas nafsu beberapa along termasuk lelaki mata keranjang yang seusia bapanya,” katanya.

Tay berkata, bagi mengelakkan sindiket along menuntut hutang, bapa gadis berkenaan menganjurkan pakej pelancongan maksiat bersama anak perempuannya bertujuan menghiburkan lintah darat itu.

Menurutnya, along juga bebas bercuti dengan gadis itu mengikut tempoh diingini.

“Malangnya, kini anak perempuan lelaki terbabit semakin selesa dengan gaya hidup barunya kerana turut dilimpahi kemewahan. Ketika kami menghubunginya dan menasihatkannya, dia enggan mengubah gaya hidupnya, sebaliknya mahu terus bergelumang dalam maksiat itu,” katanya.

Tay berkata, kes membabitkan pasangan anak beranak itu antara 500 laporan ancaman along terhadap peminjam diterima Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru sejak tiga tahun lalu.

“Pendedahan ini diharap menjadi pengajaran kepada orang ramai terutama penduduk di bandar raya ini supaya tidak berhutang dengan along selain membuang tabiat berjudi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tay menunjukkan Bintang Khidmat Terpuji yang diperoleh di Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, baru-baru ini.

Tuesday, February 8, 2011

Guru bahasa Inggeris cuba rogol anak murid dijel 8 tahun

Guru bahasa Inggeris cuba rogol anak murid dijel 8 tahun

KOTA BHARU 8 Feb. - Akibat cuba merogol anak muridnya empat tahun lalu, seorang guru bahasa Inggeris berusia 54 tahun dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Nasir Abd. Rahman dari Gual Nering, Rantau Panjang turut dihukum penjara lima tahun kerana cuba mencabul kehormatan anak muridnya itu yang berusia 15 tahun ketika kejadian.
Bukan itu sahaja, tertuduh juga dihukum penjara tiga tahun lagi atas kesalahan memiliki gambar lucah yang disimpan dalam telefon bimbit dan komputer riba kepunyaannya.
Hakim Zainal L. Salleh bagaimanapun memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan serentak dan ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun.
''Sebagai seorang pendidik, kamu telah lakukan perbuatan jijik terhadap anak murid kamu.
''Kamu didapati bersalah dan hukuman perlu setimpal dengan apa yang dilakukan agar dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat,'' tegas Zainal dalam keputusannya.
Namun mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk menggantung pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan selesai di Mahkamah Tinggi selain lelaki itu diizinkan diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.
Mengikut pertuduhan pertama, Nasir didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa di bilik unit peperiksaan sebuah sekolah menengah di Rantau Panjang pada pukul 3.30 petang, 16 Mac 2007.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa cuba merogol anak muridnya itu di sebuah rumah beralamat PT 1832 Kampung Gual Nering pada pukul 12 tengah hari, 14 April 2007.
Nasir turut menghadapi pertuduhan ketiga iaitu didakwa memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit jenis Nokia N90 dan komputer riba jenis Acer berwarna perak di Balai Polis Rantau Panjang pada pukul 11.25 malam, 24 April 2007.
Terdahulu, peguam bela tertuduh, Shamsul Baharin Abdullah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang minimum memandangkan anak guamnya sudah agak berusia untuk menjalani hukuman penjara bagi tempoh yang lama.
''Tertuduh juga satu-satunya yang menyara keluarga. Isterinya yang merupakan warganegara Thailand tidak bekerja dan hidup sebatang kara. Mereka mempunyai anak angkat berusia dua tahun,'' katanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nooriah Osman.

Monday, February 7, 2011

Rogol, Campak di tepi jalan...

Gadis koma selepas dirogol, dicampak di tepi jalan


Hamdan Majid menunjukkan gambar mangsa yang koma selepas dirogol, dipukul sebelum dicampak di tepi jalan di Seremban, semalam


SEREMBAN 7 Feb. - Entah di mana hilangnya sifat kemanusiaan apabila seorang gadis bukan sahaja dirogol malah dipukul sebelum dicampakkan di tepi jalan berhampiran lampu isyarat di Lukut, dekat sini, Jumaat lalu.
Berikutan kejadian itu, mangsa kini koma akibat kecederaan parah di belakang kepala.
Ketika ditemui orang awam pukul 6.35 pagi, gadis berketurunan Cina dan berusia 20-an itu memakai kemeja berwarna merah dan seluar jeans paras lutut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa ke hospital menggunakan ambulans.
"Hasil pemeriksaan kita mendapati mangsa mengalami keretakan pada bahagian belakang kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul.
"Mangsa yang disyaki warga tempatan turut cedera di kedua-dua belah siku dan lutut kerana diseret selain sebelum itu dirogol," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Jelas Hamdan, setakat ini, identiti mangsa belum diketahui kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui.
"Kita percaya mangsa mungkin diserang lebih daripada seorang sebelum dia dicampakkan di kawasan berkenaan.
"Mangsa kini ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan keadaannya dilaporkan stabil," jelasnya.
Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 kerana merogol.
Tambahnya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau saudara mara atau mempunyai maklumat mengenai mangsa agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6472222.