Lapor polis lepas 18 tahun
Wanita terbabit yang kini berusia 31 tahun, mendakwa dirogol bapa saudaranya sendiri sebanyak dua kali ketika dia berusia 13 tahun dan baru kematian ibunya pada masa itu.
Mangsa, pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Klang, Selangor, membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan, di sini, mendakwa dirogol dua kali oleh bapa saudaranya di dua rumah berbeza iaitu di sebuah rumah lama di Jalan Manggis, di sini dan sekali lagi selang beberapa hari di sebuah rumah di Taman Enteck Evenue, juga di sini.
Mangsa ketika membuat pendedahan itu berkata dia mengalami tekanan perasaan dan kerap diganggu mimpi menakutkan.
“Tergerak hati saya untuk membuat laporan polis walaupun kejadian itu sudah lama berlaku. Sekarang barulah saya lega dan tenteram kerana dapat meluahkan masalah yang sudah lama terpendam.
“Saya cuma mahu melepaskan diri daripada cengkaman peristiwa hitam itu dan tak kisah sama ada polis akan menahan bapa saudara saya atau tidak,” katanya.
No comments:
Post a Comment