Rahsia Tawan Hati Isteri

Thursday, May 21, 2015

Rahsia Buat Duit Terhebat - Ramai Melayu Telah Berjaya

Apabila kita rasa terdesak.... pening kepala memikirkan masalah kewangan....masalah hutang keliling pinggang...Dengan Kerajaan Malaysia bawah UMNO yang bodoh sebodoh Ahmad Maslan ... maka kita mencari-cari pelbagai cara dan kaedah untuk menambah punca pendapatan kita.. Eh kita kan Melayu Hebat ...Bangsa yang tidak kenal jemu....jadi kita jangan jadi Pandai seperti Ahmad Maslan.....Si Anjing kerajaan. Dia memang celaka...kerana dialah hidup semua orang terseksa... Eh korang tak rasa ke bila kita pun dikatakan bodoh macam Ahmad Maslan?... Biarlah dia... sekarang nih saya nak korang bukak mata. Peluang perniagaan yang ramai dah berjaya ... Modal kecik ..Income berterusan... Ada faham?... kalau modal besar...income sekali je pun susah bro nak bisness... Nih modal kecik tapi income masyuukk.. hehheh Bisness apa tuh?... Jual ayam ka. Kalau nak jual ayam pegi pasar bukan kat Blog...addooiii... Buit duit guna telefon bimbit la bro. Eh tak percaya ke?.... Memang la telefon tuh korang tau guna je....tak sedar boleh buat duit. Meh nak cerita sikit....rajin ke korang baca nih....hahhahahha ... Sebab nih rahsia .. kalau korang nak tau....korang klik je sini Rahsia Duit yer...nanti kita sambung cerita...

Monday, June 9, 2014

Kuasai Matematik - Mahir Matematik - Bijak Matematik

Bagi sesetengah murid sekolah, Pelajaran Matematik merupakan mata pelajaran yang paling sukar untuk di kuasai. Dengan adanya panduan ini...anak-anak anda dan juga umrid-murid yang dahulunya tidak meminati Matematik...akan terangsang untuk belajar lebih tekun dan meningkatkan kemahiran,,,,

Tuesday, May 31, 2011

Bapa Tiri ratah Anak Tiri berumur 15 Tahun

Bapa tiri durjana

AMPANG: Seorang pelajar berusia 15 tahun nekad melarikan diri ke rumah ibu saudaranya selepas tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak Mac lalu di rumah mereka di Ampang, di sini, kelmarin.
Lebih menyedihkan apabila perbuatan jijik bapa tirinya itu diketahui ibu kandungnya tetapi hanya mendiamkan diri berikutan takut ditinggalkan.

Menurut sumber, mangsa dijadikan hamba seks bapa tiri durjana berusia awal 30-an itu sejak Mac lalu dan dipaksa melakukan perbuatan terkutuk itu setiap kali lelaki terbabit mahukannya.

Malah, sejak Mac lalu, mangsa mendakwa 11 kali diperkosa bapa tirinya.

“Mangsa beberapa kali mengadu kepada ibu kandungnya mengenai perbuatan terkutuk lelaki itu tetapi tidak diendahkan.

“Malah, ibu mangsa hanya menasihati anaknya agar bersabar dengan perbuatan keji lelaki itu bagi mengelakkan dia ditinggalkan,” katanya.

Thursday, April 21, 2011

Laporkan Kejadian Rogol

Lapor polis lepas 18 tahun

TELUK INTAN: Selepas 18 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol bapa saudaranya, seorang wanita nekad tampil membuat laporan polis di sini, semalam kerana tidak sanggup mengalami igauan ngeri berpanjangan berikutan kejadian itu.
Wanita terbabit yang kini berusia 31 tahun, mendakwa dirogol bapa saudaranya sendiri sebanyak dua kali ketika dia berusia 13 tahun dan baru kematian ibunya pada masa itu.

Mangsa, pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Klang, Selangor, membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan, di sini, mendakwa dirogol dua kali oleh bapa saudaranya di dua rumah berbeza iaitu di sebuah rumah lama di Jalan Manggis, di sini dan sekali lagi selang beberapa hari di sebuah rumah di Taman Enteck Evenue, juga di sini.

Mangsa ketika membuat pendedahan itu berkata dia mengalami tekanan perasaan dan kerap diganggu mimpi menakutkan.


“Tergerak hati saya untuk membuat laporan polis walaupun kejadian itu sudah lama berlaku. Sekarang barulah saya lega dan tenteram kerana dapat meluahkan masalah yang sudah lama terpendam.

“Saya cuma mahu melepaskan diri daripada cengkaman peristiwa hitam itu dan tak kisah sama ada polis akan menahan bapa saudara saya atau tidak,” katanya.


Bermadu Asmara di dalam kereta

Dataran Klebang lubuk ‘kereta goyang’

MELAKA: Lubuk ‘kereta goyang’ atau ‘memancing kolam cetek’ adalah istilah yang diberi pengunjung Dataran 1 Malaysia, Klebang, dekat sini, yang menjadi lokasi segelintir pasangan memadu kasih di dalam kenderaan.
Pasangan terbabit dikatakan bukan saja melakukannya pada malam hari, bahkan perlakuan sumbang itu turut dipertontonkan pada sebelah siang.

Deretan kenderaan yang diletak di sepanjang dataran pada waktu malam kebanyakannya mempunyai pasangan sedang bermadu kasih di dalamnya, bermula dengan aksi ringan-ringan hinggalah kereta goyang khususnya menjelang tengah malam. Lebih memalukan apabila dataran itu juga pernah dijadikan tempat pesta bogel di kalangan ‘awang hitam’ kira-kira dua bulan lalu sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengunjung.
Tinjauan Harian Metro pada waktu siang juga mendapati beberapa pasangan kekasih asyik bermadu kasih di dalam kenderaan yang diletak menghadap pantai tanpa menyedari kehadiran wartawan dan jurugambar merakam aksi mereka.

Pengunjung dikenali sebagai Epul, 24, berkata, dataran itu mula dikunjungi pasangan yang mahu bermadu kasih seawal jam 10 malam dan jam 12 malam adalah waktu kemuncak menyaksikan beberapa kenderaan di sepanjang dataran itu bergoyang.

Katanya, pengunjung di situ bukan hanya disajikan aksi kereta goyang bahkan gelagat pasangan kekasih bermadu kasih dengan duduk berdua-duaan dan berkelakuan sumbang juga boleh dilihat. “Sejak dataran ini wujud, ia dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu dan pengunjung boleh merakamkan adegan gurauan manja pasangan kekasih di dalam kenderaan yang dihidupkan enjin dan penyaman udaranya.

“Mereka berani berkelakuan begitu kerana dataran ini kebiasaannya dikunjungi golongan muda dan kaki pancing menyebabkan adegan pasangan terbabit digelar memancing di kolam cetek oleh penduduk,” katanya.

Menurutnya, sepanjang beberapa kali kunjungannya di dataran itu pada waktu malam, tiada pemantauan mahupun rondaan dilakukan pihak berkuasa.
Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Rizma, 31, berkata dataran berkenaan tidak lagi sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah berkeluarga kerana khuatir adengan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan berterusan membendung gejala ini kerana ia semakin berleluasa dan mengundang rasa tidak senang di kalangan pengunjung.

Wednesday, April 20, 2011

Kantoi Cinta Sejenis - nak bunuh diri!

Pelajar terjun tingkat tiga


SUNGAI PETANI: Akibat cinta dengan rakan sejenisnya dihalang keluarga, seorang pelajar perempuan tidak sedarkan diri dan patah kedua-dua kakinya apabila nekad terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya di Sungai Lalang, di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 pagi apabila pelajar berusia 15 tahun itu tiba di sekolah dan terus ke tingkat tiga bangunan itu, lalu terjun.

Pada masa sama, beberapa pelajar cuba menghalangnya, namun gagal.
Mangsa dari Taman Bukit Permai, Sungai Lalang, dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) oleh pihak sekolah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU ).

Anjing gila SEKS gigit buah dada wanita!

Anjing baham payudara

BUKIT MERTAJAM: Seorang suri rumah yang cedera payudara kirinya digigit seekor anjing jenis German Shepherd pada Jumaat lalu, kini dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing berkenaan.
Mangsa, Lee Boon Chen, 44, berkata, walaupun pemilik anjing itu sudah memohon maaf selepas insiden itu, dia tidak akan berdiam diri dan mahu melakukan sesuatu untuk memberi pengajaran kepada pemilik anjing lain yang tidak mengutamakan keselamatan orang awam.

Katanya, dia mahu pemilik anjing lebih bertanggungjawab termasuk menjaga dan mengawal haiwan peliharaan masing-masing bagi mengelak orang lain menjadi mangsa.

“Selepas kejadian ini, saya trauma, malah kerap bermimpi diserang anjing dan jika saya melihat atau terserempak dengan anjing jenis itu, saya takut dan badan menggigil,” katanya ketika ditemui menerima rawatan susulan di sebuah hospital swasta di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi Jumaat lalu, Lee nyaris kehilangan payudara kirinya selepas cedera diserang anjing berkenaan ketika dia membawa anjing peliharaannya jenis Shih Tzu bersiar-siar di kawasan perumahan di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat dekat sini.