Warga emas dijel 10 tahun, 6 sebatan
BATU PAHAT 2 Dis. - Perkenalan antara seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dengan seorang lelaki berusia 56 tahun terjalin apabila kanak-kanak itu tersalah menghubungi nombor telefon warga emas tersebut.Sejak itu, mereka saling berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) selama sembilan bulan sebelum kanak-kanak itu mengambil keputusan lari dari rumahnya di Gemas, Negeri Sembilan untuk bertemu warga emas daripada golongan kurang upaya (OKU) itu buat pertama kalinya.
Itupun setelah kanak-kanak itu dijanjikan untuk dibawa bersiar-siar ke Genting Highlands.
Sebaliknya, apa yang berlaku, kanak-kanak itu telah diperkosa oleh warga emas berkenaan yang mengalami kecacatan di kedua-dua bahagian tangannya.
Hari ini, tukang kayu tersebut menerima pembalasan apabila dihukum penjara 10 tahun dan sebatan enam kali setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merogol kanak-kanak berkenaan pada hujung tahun lalu.
Mohd. Sairi Munajar @ Munajat dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Abu Bakar Manat selepas pihak pendakwaan didapati berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Dalam keputusannya, Abu Bakar menegaskan, hukuman berat perlu dijatuhkan sebagai peringatan dan amaran kepada orang ramai memandangkan kes rogol membabitkan mangsa bawah umur semakin berleluasa dan membimbangkan.
"Saya tahu kamu suka sama suka tetapi gadis ini masih kecil lagi dan bertaraf cucu kepada kamu. Selagi mangsa di bawah usia, undang-undang negara ini mengklasifikasikan tindakan kamu sebagai kes rogol.
"Kamu sudah berumur 56 tahun, seharusnya melindungi serta menasihatkan mangsa yang masih kanak-kanak, bukan memujuk rayu mangsa untuk melakukan hubungan seks dengan kamu," katanya.
Mohd. Sairi didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun sembilan bulan ketika kejadian, di Asrama Pekerja Kilang Syarikat Berjaya Perniagaan Kayu Kayan T dan Y, di Batu 19, Kampung Dalam Ayer Hitam di sini pada pukul 11.30 malam, 24 Oktober 2009.
Dia turut dituduh merogol mangsa di tempat sama antara pukul 2 petang dan 11 malam pada keesokan harinya.
Bagi kedua-dua pertuduhan tersebut, Mohd. Sairi didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Terdahulu, tertuduh merayu mahkamah supaya tidak mengenakan hukuman sebatan terhadapnya kerana dia menghidap penyakit asma dan atas faktor usianya yang sudah tua.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiah Saini manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela selepas dua peguam yang dilantik sebelum ini menarik dir
No comments:
Post a Comment